Laman

Jumat, Juni 03, 2011

Bismillah....



Dari semalam badan ini demam kerana selsema. Alhamdulillah hari ini beransur pulih, hanya tersisir selsema. Dalam situasi badan begini maka minuman yang paling digemari adalah tea 'o madu hangat-hangat. Pagi tadi buah hati sudah ke sekolah, apa yang harus dimasak untuk hari ini dengan badan yang masih lemah. Maka menu hari ini amat ringkas nasi ayam, sayur chay choy dan ayam madu. Hari ini saya berkongsi resepi ayam madu yang amat digemari keluarga dan tetamu kami.


~ Ayam madu ~

1 Ekor ayam - dipotong mengikut size yang disukai dan dicuci bersih....


boleh jugak kalau kepak ayam sahaja...


Bahan untuk dikisar/ditumbuk....


5 ulas bawang putih


2 inchi halia muda/jahe


*halia muda lebih baik kerna nanti tidak beserabut.....


Bahan lain....


Sos tiram


Kicap masin


Madu


Kesemua bahan yang dikisar/ditumbuk campurkan dengan sos tiram, kicap masin dan madu....disebatikan untuk marinate ayam.....lalu diperapkan.....


Cara memasak....


Panaskan minyak yang banyak *deep fry.....api sederhana kerna ayam ini menggunakan kicap...bawang putih dan madu mudah untuk menghitam dan akan meninggalkan rasa pahit....


Alhamdulillah ini citarasa keluarga kami.....ringkas tapi boleh berbekas dihati buah hati.....sewaktu pulang sekolah.....buah hati makan dengan berselera dan yang menyenangkan hati ini bila ucapan terima kasih dan pujian dari mereka.....

Tidak ada komentar:

Posting Komentar