Laman

Sabtu, Oktober 23, 2010

~ Ikan Pindang ~

~ Ikan pindang ~



Kemarin sore mendapat tag resep dari Ummu Hanin Ikan Pindang Serani…..ana juggak secara kebetulan menu malam adalah ikan pindang…..kerna paginya udah makan nasi lemak yang dibeli oleh zauji untuk Mundzir di pusat makan Changi….kegerai yang Mundzir rindukan sewaktu di pondok……dipikir kerna udah berlemak di siang hari dan mahu kan yang ringgan dan satu jenis lauk saja……



 Ikan Pindang


3 Ekor Ikan selar / kembong di cuci bersih dan dibumbu kunyit serbuk serta sedikit garam lantas digoreng sehingga garing….

Bahan untuk dihiris…


1 biji bawang besar

2 biji bawang putih


1 biji lada merah


1 biji lada hijau


Sedikit kunyit hidup


Bahan lain


Serai dititik…

3 biji tomato


Air asam jawa….sekitar ½ cawan ….


Cara-caranya…

Panaskan minyak dan tumis semua bahan yang dihiris…..sehingga layu kemudian masukkan air asam jawa mengikut berapa masam yang kita suka…..bagi ana sekitar setengah cawan air…..untuk kuah nya masukkan air…..bila udah mendidih masukkan ikan dan tomato langsung matikan api…..bagi ana tomato tidak perlu dimasak lama…..kerna lebih segar…..ini selera keluarga kami…..citarasa buah hati......untuk menambah pedas boleh juggak ditambahkan cabe rawit (cili padi)......